SMS Schleswig-Holstein
SMS Schleswig-Holstein

SMS Schleswig-Holstein

28 cm SK L/40 SMS Schleswig-Holstein[lower-alpha 1] (disebut [ˈʃleːsvɪç ˈhɔlʃtaɪn]) merupakan yang terakhir dari lima kapal tempur kelas Deutschland yang dibina oleh Kaiserliche Marine Jerman. Kapal ini, dinamakan sempena negeri Schleswig-Holstein, mula dibina di limbungan Germaniawerft di Kiel pada Ogos 1905 dan ditauliahkan kedalam armada hampir tiga tahun kemudian. Kapal-kapal kelasnya sudah ketinggalan zaman pada saat mereka memasuki perkhidmatan, lebih rendah dari segi saiz, perisai, kuasa tembakan dan kelajuan berbanding dengan generasi baru kapal tempur dreadnought.Schleswig-Holstein berjuang dikedua-dua Perang Dunia. Semasa Perang Dunia I, ia bertugas di barisan depan dalam Skuadron Tempur II Armada Laut Lepas, memuncak di Pertempuran Jutland pada 31 Mei – 1 Jun 1916. Schleswig-Holstein berperang dalam pertempuran itu, dan terkena satu tembakan meriam berkaliber besar. Selepas pertempuran tamat, Schleswig-Holstein ditugaskan mengawal kawasan muara Sungai Elbe sebelum dilucutkan tauliah pada akhir tahun 1917. Selaku salah satu dari beberapa buah kapal tempur yang dibenarkan oleh syarat-syarat Persetiaan Versailles untuk Jerman, Schleswig-Holstein sekali lagi dimasukkan kedalam pasukan armada pada tahun 1920an. Pada tahun 1935, kapal tempur lama ini diubah menjadi kapal latihan bagi kadet laut.Schleswig-Holstein melepaskan tembakan pertama Perang Dunia II ketika ia mengebom pangkalan Poland di Danzig Westerplatte pada awal pagi 1 September 1939. Kapal ini digunakan sebagai kapal latihan di sepanjang peperangan, dan telah ditenggelamkan oleh pengebom British di Gotenhafen pada Disember 1944. Schleswig-Holstein kemudian diselamatkan dan didamparkan ke pantai untuk digunakan oleh Tentera Laut Soviet sebagai bahan sasaran. Pada tahun 1990, loceng kapal telah dipamerkan pada Muzium Sejarah Ketenteraan Bundeswehr di Dresden.